Total Pageviews

Sunday, 2 October 2011

SELOKA FB


ada kisah yang ingin ku kongsi
kisah mengenai dunia teknologi
bagi yang tidak tahu apa itu FB
mohon Google Search dengan sendiri

kawan-kawanku ramai yang ada FB
ku kenali di sekolah rendah hinggalah universiti
mudah bagi kami untuk berkomunikasi
semuanya terletak di hujung jari

pelbagai usia pengguna FB
tak kira tua,dewasa dan remaja muda mudi
bila ditanya tujuan buat FB
jawabnya banyak ilmu hendak dikongsi

bagusnya jika bijak menggunakan FB
dapatlah saling berkongsi ilmu
namun yang hairannya lain yang jadi
ilmu tidak di kongsi,dosa yang dicari

bukankah tujuan hidup duniawi
banyakkan ibadah untuk bekalan diri
tapi sayangnya manusia zaman kini
dosa yang sudah banyak di tambah lagi

salah guna FB memakan diri
maksiat berganda di murkai ilahi
antara punca pergaduhan suami isteri
FB digunakan dengan tujuan tak bererti

zaman sekarang melalui FB
ramai yang berkenalan dengan kekasih hati
wajah-wajah yang menawan mencuri hati
entahkan sama di alam realiti

yang hangat bercinta buat ayat geli-geli
i love you,i miss you di wallpost setiap hari
kata update status via blackberry
takkan lah dah tak ada kredit nak sms lagi?

dinding pula penuh dengan luahan hati
mencarut di status tidak sedar diri
lebih malu sekiranya si gadis yang memaki
merendahkan martabat si empunya diri

gunalah FB untuk saling menasihati
kongsilah ilmu-ilmu yang di ketahui
bukan sahaja anda berbakti
pahala yang dicari pasti menanti!

selitkan ayat-ayat Quran dan Hadis Nabi
jadikan status di wall FB
carilah kalam-kalam hikmah yang mendidik diri
moga dapat menjadi penghias diri

ataupun uploadlah video dan cd
masukkan link tazkirah di dinding FB
mudah dikongsi,ilmu pun perolehi
untuk dijadikab bekalan akhirawi

wahai muslim mukmin sejati
marilah bersama kita bersatu hati
ikutilah sunnah perjuangan nabi
dakwah diberi,nikmat kecapi

sampai disini kisahku kali ini
moga sedikit sebanyak dapat mencuit hati
tidak rugi memanfaatkan teknologi
jauhkan diri daripada godaan duniawi

maaf andai ada yang terhiris hati
aku sekadar ingin menasihati
salam ukhwah ya akhi wa ukhti
hingga kita bertemu lagi...
 

No comments:

Post a Comment