Today is khamis...
Hari Sabtu ni bersamaan 3 Disember adalah hari yang bahagia...
bukan aku seorang jer, tapi si Dia juga di lahirkan pada tanggal 3 Disember.. (cume tahun jer lain)
Kebetulan ? no komen... jodoh namer nyer tu kot..hahaha..
teringat aku pada tahun lepas. sehari sebelom besday aku tu..
tuutttt... tuuttt... (bunyi mesej aku)
aku pon bace. "Happy besday to u"
"ehh saper pulak yg besday eve aku ni?" aku ckp sengsorang.
"tq very much bro. tapi siapa ni yer?" aku tanya Dia balik.
"tomorrow is my besday too, btw what makes you think i'm bro?" Dia balas.
" haaa? who are you?" aku tanya lagi.
"its okay, yes i'm bro. anyway, nice ride!" Dia cakap.
aku terkedu, terkejut dan terkesima membacanya...
"aiikk?, ni kalau tak kawan aku, sedara aku, xpon bff aku yg stok nak mengenakan or prank kan orang ni", aku bercakap dalam hati..
memang pelik bin hairan kerana dan dan pulak ader orang wish n besday samer lak ngan aku..
aku pun try call fon si Dia tu menggunakan handphone kesukaan aku ketika itu Sony Ericson W595 warna putih...
krengg Krengg.... krenngg kreennnggg... "hampeh nyer mamat ni, taknak lak di jawab nya..
aku try 2 3 kali tapi Dia tak angkat jugak.. so aku pun malas laa layan...
pada hari berikut nya.. 3 disember 2010....
pagi tu aku rasa macam malas jer nak pegi ofis..bese arr besday boy laa kater kan.hehehe.
sampai jer kat opis, dengan mata yang mengantuk cuaca yang sejuk sebab aircond kuat sangat, aku pun membelek hanset aku ni..
belek punya belek punya belek, aku pon terbaca mesej inbox semalam yang si Dia wish besday tu..
aku dok mikirkan lagi saper laa yang duk wish aku tu. aku tau walau pun Dia baik sebab ader niat nak wish, tpi dia sudah langgar sama gua! hahaha.. Dia dah buat aku tertanya-tanya siapa kah gerangan nya.. hehehe poyo lak..
tiba-tiba aku terpikir untuk call jer si mamat ni... aku pun dail gunakan telefon opis. sebab kalau gune hanset, kompom Dia tak pick up lagi. so ku tekan 017 - 680**** ........
"hello..." si Dia memulakan bicara.
"Errrr Helloooo.. ehh awek rupa nya yang angkat telefon", kataku.
"yer saya, siapa ni?" awek tu tanya lagi.
"Sorry ganggu, awak ingat tak lagi saya orang yang awak wish pada malam semalam? " dengan macho aku tanya. (hahahaha)
"Eh izow ker? yer i yang wish.." tutur katanya yang agak kasar n ayu gitu lol..
"yer i izow, i try guna hanset i, tapi u tak nak jawab. haa sekarang ni i guna laa fon ofis i, tapi kan tak sangka lak yang u ni girl sebenarnya. i thought my friends saja nak prank i ker, tapi macam maner eh u get my number ni?" aku terangkan n tanya kat dia.
"hehehe yer u ingat i am bro right?? heheehe . U tak ingat ker kejadian kat Mid Valley pada bulan puasa lepas di parking kereta? hey u by the way, i nak pergi Mid Valley ni ngan my friends, so i kene letak telefon dulu laa. Nice to meet u, u can call me Ido" kata dia sebelum blah.
"ok byee... nice to meet u too" aku cakap.
Aku pening , runsing n headache macam mana dia dapat no aku ni n macam mana dia tau yang 3hb 12 ni is my birthday anniversary.... aku relax jer wat macam takder apa-apa berlaku sebab aku dah setelkan kerunsingan kepala otak aku belah kiri ni yang dari semalam dok mikirkan sapa yang wish. aku ingat nak amik panadol tapi malas nak cari..
aku relaks kan diri ku ni jer... sambil wat kerja baru aku teringat kisah yang berlaku antara aku dengan si Dia dekat parking Mid Valley masa bulan puasa yang lepas.
Mid Valley ?? Parking Kereta ?? Bulan Puasa ??
pikir punya pikir......
aku nampak samar-samar jer dalam otak aku masa tu, and aku refresh kan lagi RAM otak aku n baru aku dapat ingat kan peristiwa itu..
kejadian nya berlaku pada berapa ramadhan pun aku tak ingat.
Mid Valley here i come..
Pada hari itu aku rasa macam malas jer nak pergi kerja..
dari pagi lagi aku memang ada nawaitu tak nak pergi kerja. at last memang tak pergi pun hehehe.
aku pun kasi helo helo laa pada seorang kawan gua yang agak masuk air , tapi tukang karut. kaki borak maksud nya.
"Hallo askom syuk, ( Mohd Syukri Suhaimi nama diberikan) ko ada mana bro? " aku tanya.
"Aku ada kat rumah ni, baru jer bangun tido. ada projek baik ker izow?" dia lak tanya dalam keadaan mamai.
"aku malas pergi kerja hari ni, so aku rasa macam nak pergi jalan-jalan KL sambil survey-survey sport spring lah. ko free tak hari ni?" cargas aku utara kan soalan.
"Aku ok jer bro. Bila? kat mana? pukul berapa?" tetibe pulak dia segar semacam bila aku ajak pergi cari barang kereta.
"okay bro. nanti pukul 10 am aku ambil ko kat rumah and aku nak pergi jemput syed dulu." terang ku kepada nya.
bila dah sharp on time pukul 10 . aku, syed n syuk pun gerak ke petaling jaya untuk menyurvey sport spring untuk kereta kesayangan ku itu, Proton Saga BLM NCE4559. dan akhir nya aku kecundang jugak untuk membeli spring tu.
Sport Spring Z-maxHari punya lah panas masa tu, and biasa lah dah nama pun berpuasa di bulan ramadhan. so lapar, panas, dahaga, nampak awek cun... tu semua kena control beb.nafsu tu nafsu.. kalau tak control serupa tak yah pose laa..
kitorang pun dah macam agak panas jer and pada petang nya aku plan untuk pergi ke Mid Valley untuk berbuka puasa and sebab nak g merasa aircond..hahahahaha..
naik punya naik punya naik tempat parking dia dan bila aku dapat jer tempat kosong, terus aku masuk. and aku tengok sebelah kereta aku ada kereta Toyota GL warna putih. kitorang lepak dalam kereta berborak menyejukkan badan. And tiba-tiba.....
bersambung ke episod akan datang.
~ADIOS~



episod 2 biler nk kuar...??
ReplyDeletex sabo ni...
dah kluar dahh... hahahhaa
ReplyDelete