Sikap dan cara pemanduan pemilik kenderaan paling banyak mempengaruhi penggunaan petrol.
Antaranya, bagi pemandu yang menggunakan kenderaan manual, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya. Tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Penyelesaiannya, dengan melakukan pelarasan enjin ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.
Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin terdapat banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin. Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.
Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.
Jika anda ingin menggunakan jalan yang lebih singkat lebih kurang satu ke dua kilometer dengan jalan yang kurang elok ataupun banyak selekoh, harap anda elakkanlah. Hal ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok dan ini sudah semestinya meningkatkan penggunaan petrol anda.
Dengan sedikit perubahan pada tabiat memandu, pasti dapat mengurangkan tahap penggunaan petrol kenderaan anda.
~ADIOS~

No comments:
Post a Comment