Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaan nya..
Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka..
Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya..
Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman. Datang seorang ahli falsafah bertanya kepadanya, "Kenapa kamu menangis?"
Orang itu menjawab, "Aku sangat sedih, kenapa dia meninggalkan ku"
Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata, "Kamu bodoh sekali!"
Lalu orang itu menjawab, "Kenapa berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan suduh cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakan ku".
"Bodoh, kamu tak perlu sedih, kerana yang perlu sedih adalah dia", kata ahli falsafah.
"Kenapa dia yang bersedih, bukankah dia yang meninggalkan ku?"
Kata orang itu, "Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya" Jawab ahli falsafah itu.
Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupa nya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuatkan hari-hari gelapmu menjadi cerah dan ceria.

No comments:
Post a Comment