Total Pageviews

Monday, 12 September 2011

u n me....

Awak.

Saya buleh terima kalau awak dah taknak saya lagi. Saya tak kisah.

Walaupun awak cakap saya egoistik, slapstik, fantastik. Saya tak
pernah kisah walaupun awak materialistik, plastik dan chopstick. Saya
tetap cool.

Awak tuduh saya ada perempuan lain, walaupun awak tau saya tak ada

orang lain tapi awak tetap tuduh saya.

Awak marah bila tengok saya sembang dengan kawan-kawan perempuan saya

kat fesbuk, tuiter dan blog. Awak tuduh saya gatal, mata keranjang,
curang, tak setia.

Tapi


Saya tak pernah kisah kalau ada ex awak add awak kat fesbuk,

sembang-sembang dengan awak kat tuiter mahu pun like gambar-gambar kat
page awak.

Bila saya tanya, awak cakap jiles, cemburu buta, dengki dan ganggu hak

awak nak bersosial.

Bila kita keluar, awak selalu sibuk dengan henpon awak, bila saya

mintak nak tengok, awak tak bagi. Kata awak, itu hak awak.

Saya tak ada hak nak tengok. Saya tak kisah, saya cool walaupun henset

blekberi awak tu saya yang belikan.

Saya cuma pakai nokiak tiga tiga sekupang je, itu pun lepas saya tolak

xperia saya untuk belikan blekberi tu kat awak.

Hari tu saya terdesak sangat. Mintak awak topapkan kat saya rm3, sebab

saya betul-betul urgent nak call orang. Tapi awak cakap awak bz. Nak
pergi kedai topap jauh padahal housemate awak ada jual topap. Saya tak
kisah jugak.

Tiap-tiap bulan saya tak pernah phail bayarkan bil fon baru awak tu.

Takpe, saya tetap cool.

Masa birthday awak, awak mintak saya belikan jam tangan guehh. Saya

ikat perut tak makan seminggu semata-mata nak cukupkan duit simpanan
saya untuk belikan awak jam tu. Takpe awak, saya tak kisah.

Masa birthday saya, ananda krisnan yang wish saya dulu. Awak? Seminggu

lepas tu baru nak wish kat saya. Awak cakap awak terlupa. Padahal, kat
fesbuk ada tulis besday saya bila.

Sekarang, awak nak tinggalkan saya? Buleh, sila pulangkan balik semua

item yang saya bagi kat awak. Saya ada simpan semua resit transaksi
sepanjang kita bersama. Kalau tak, nanti girlfriend baru saya -
seorang loyar akan call awak untuk tindakan selanjutnya.

Okbai.

No comments:

Post a Comment